Prudential BSN Takaful
Takaful ditakrifkan sebagai persetujuan bersama antara pihak-pihak di mana mereka bersetuju untuk memberi bantuan material kepada satu sama lain atau kumpulan, dalam waktu musibah. Perjanjian itu juga menetapkan bahawa setiap pihak hendaklah terlebih dahulu bersetuju mengenai bentuk sumbangan yang akan digunakan kemudian di atas dasar faedah bersama. Skim Takaful memenuhi semangat perundingan Islam (Syariah) yang merupakan gabungan konsep kerjasama, perlindungan dan tanggungjawab yang mereka laksanakan bersama.
Tidak. Takaful disediakan untuk semua kaum, agama, dan individu yang berminat untuk melabur demi keselamatan dan perlindungan orang yang tersayang.
Takaful adalah berdasarkan konsep kerjasama di mana peserta bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam masa yang diperlukan bersama. Sebahagian daripada caruman yang dibayar oleh setiap peserta disimpan sebagai Dana Tabarru (risiko dana) dan wang caruman dalam dana itu akan digunakan bagi membayar tuntutan yang dibuat oleh peserta lain. Ini yang dimaksudkan dengan konsep ‘membantu antara satu sama lain’. Dalam kes ini, pengendali Takaful bertindak sebagai Pengurus dana dan bukan pemilik dana. Sebarang lebihan dalam dana risiko akan diagihkan kembali kepada peserta yang layak.
Polisi insurans adalah produk yang dijual oleh syarikat insurans yang mana wang itu dikumpulkan dalam dana risiko yang dimiliki oleh syarikat insurans dan tuntutan dibayar daripada dana ini. Pemegang polisi pelan insurans tidak berkongsi wang caruman untuk membantu pemegang polisi lain yang memerlukan. Pemegang polisi insurans mengambil pelan dengan syarikat insurans untuk melindungi dirinya, orang yang tersayang atau harta benda sahaja.
PruBSN adalah usahasama antara dua entiti kewangan yang kukuh dan stabil iaitu Prudential plc (UK) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Usahasama secara rasmi diluluskan oleh Bank Negara Malaysia pada 8 Ogos 2006.
Sila hubungi +60 17-431 1434 atau kirimkan e-mel anda ke customer@prubsn.com.my untuk sebarang pertanyaan.
Kami mencadangkan anda hubungi wakil ejen PruBSN Takaful kami untuk memberi penerangan lanjut kepada anda mengenai rangkaian produk terbaik kami untuk memenuhi keperluan anda.
Anda perlu mengenal pasti keperluan perlindungan, pelaburan serta kehendak kewangan anda.
Anda boleh menghubungi wakil ejen PruBSN Takaful kami di +60 17-431 1434 yang boleh menjawab pertanyaan anda dan menentukan keperluan perlindungan asas mahupun manfaat pilihan tambahan, dan akhirnya menentukan jumlah sumbangan yang bersesuaian dengan anda.
Mariah Salahudin
-Full time since 2019
-Star Club Achiever 2023
-Certified Islamic Wealth Planner
-Certified Islamic Executive Wealth Planner
-Champion Top Cases July 2023
-Champion Year-to-Date July 2023
-Champion Month-to-Date July 2023
-Champion Month-to-Date Jun 2023
-Top recruiter Saft Advisory 2022
2-1, Jalan Eco Sanctuary 8/1A, Persiaran Eco Sanctuary, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia.
© Copyrights 2023-2025. medicalcard-online.com. All Rights Reserved | Powered by Fatin Bakhri